Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المرءَ لَيَصِلُ رحِمَه وما بَقِيَ من عُمُرِه إلا ثلاثةُ أيامٍ فيُنْسِئُه إلى ثلاثينَ سنةً، وإنه ليَقْطَعُ الرحِمَ وقد بَقِيَ من عُمُرِه ثلاثونَ سنةً، فيُغَيِّرُه الله إلى ثلاثةِ أيامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang itu menyambungkan silaturahim, dan tidak berbaki daripada umurnya melainkan tiga hari, lalu dipanjangkan umurnya kepada tiga puluh tahun. Dan sesungguhnya seseorang itu memutuskan silaturahim dan masih berbaki daripada umurnya selama 30 tahun, lalu Allah SWT mengubahnya kepada tiga hari.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 34, hadis no. 125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما - مرفوعا: (( إن المرء ليصل رحمه وما بقي من عمره إلا ثلاثة أيام، فينسئه إلى ثلاثين سنة، وإنه ليقطع الرحمن وقد بقي من عمره ثلاثون سنة، فيغيره الله إلى ثلاثة أيام)). [فر، ((الضعيفة)) (2290)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seseorang itu menyambungkan silaturahim, dan tidak berbaki daripada umurnya melainkan tiga hari, lalu dipanjangkan umurnya kepada tiga puluh tahun. Dan sesungguhnya seseorang itu memutuskan silaturahim dan masih berbaki daripada umurnya selama 30 tahun, lalu Allah SWT mengubahnya kepada tiga hari.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2290]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman