Aku mengarahkan kamu supaya berbuat baik kepada keduanya

TEKS BAHASA ARAB

آمرك بالوالدين خيرا، قال: والذي بعثك بالحق نبيا لأجاهدن، ولأتركهما، قال: أنت أعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mengarahkan kamu supaya berbuat baik kepada keduanya. Dia berkata: Demi (Allah) yang mengutuskan kamu dengan kebenaran sebagai seorang Nabi, aku pasti akan pergi berjihad dan meninggalkan mereka berdua. Kata Nabi SAW: Kamu lebih mengetahui.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis nombor 904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: إن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فسأله عن أفضل الأعمال؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الصلاة، ثم قال: مه؟ قال: الصلاة، ثم قال: مه؟ قال: الصلاة، ثلاث مرات، قال: فلما غلب عليه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الجهاد في سبيل الله، قال الرجل: فإن لي والدين، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: آمرك بالوالدين خيرا، قال: والذي بعثك بالحق نبيا لأجاهدن، ولأتركهما! قال: أنت أعلم.
[حم، ((الضعيفة)) (١٠٧٩)]

(Munkar dengan Siyaq ini)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru ―Raḍiyallāhu ‘anhuma― berkata: Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya berkenaan amalan yang paling baik. Rasulullah ﷺ menjawab: Solat. Kemudian dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: Solat. Kemudian dia bertanya: Kemudiannya? Baginda menjawab: Solat. (sebanyak tiga kali). Ketika dia sudah memberatkan Baginda (dengan soalan), Rasulullah ﷺ berkata: Kemudiannya Jihad di jalan Allah. Dia berkata: Sesungguhnya aku masih mempunyai dua ibu bapa. Baginda bersabda: Aku mengarahkan kamu supaya berbuat baik kepada keduanya. Dia berkata: Demi (Allah) yang mengutuskan kamu dengan kebenaran sebagai seorang Nabi, aku pasti akan pergi berjihad dan meninggalkan mereka berdua. Kata Nabi SAW: Kamu lebih mengetahui.
[Riwayat Imam Ahmad dalam musnad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1079]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs