Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرَّجلَ ليَكونُ مِن أَهْلِ الصَّلاةِ والزَّكاةِ والحجِّ والعمرةِ والصِّيامِ والجِهادِ - حتَّى ذَكَرَ سِهامَ الخيرِ -؛ وما يُجزَى يومَ القيامةِ إلَّا بقدرِ عقلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang lelaki menjadi orang yang melakukan solat, zakat, haji, umarah, puasa dan jihad. Nabi menyebut banyak bahagian kebaikan. Dia tidak akan diberi pahala pada hari kiamat melainkan dengan kadar akalnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1905, hadis no. 9568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إن الرجل ليكون من أهل الصلاة والزكاة والحج والعمرة والصيام والجهاد - حتى ذكر سهام الخير -؛ وما يجزى يوم القيامة إلا بقدر عقله. [أبو أمية الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن أبي الدنيا في ((العقل وفضله))، مشرق بن عبد الله الفقيه في ((حديثه))، خط، الواحدي في ((تفسيره))، ابن عساكر، ابن الجوزي، وفي ((منهاج القاصدين))، ((الضعيفة)) (5557)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki menjadi orang yang melakukan solat, zakat, haji, umarah, puasa dan jihad. Nabi menyebut banyak bahagian kebaikan. Dia tidak akan diberi pahala pada hari kiamat melainkan dengan kadar akalnya. [Riwayat Abu Umayyah al-Tarasusi dalam Musnad Ibn ‘Umar, al-’Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn Abu al-Dunya dalam al-’Aql wa Fadhlih, Mashriq bin ‘Abdullah al-Faqih dalam Hadisnya, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Wahidi dalam Tafsirnya, Ibn ‘Asakir, Ibn al-Jauzi dan dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5557]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman