Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seorang lelaki menemui Rasullullah SAW dan mengadu bilangan anaknya yang sedikit

Teks Bahasa Arab

حديث: أنه جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فشكا قلة الولد فأمره أن يأكل البيض والبصل.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya seorang lelaki menemui Rasullullah SAW dan mengadu bilangan anaknya yang sedikit, maka Rasullullah SAW memerintahkannya untuk makan telur dan bawang.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA
  2. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 175-176, hadis no. 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: موضوع بلا شك . قال في اللآلىء: أخرجه ابن السني في الطب عن علي رضي الله عنه مرفوعا. واقتصر على أكل البيض وفي إسناده: الفيض بن وثيق قال ابن معين: كذاب [خبيث] . وقال الذهبي: قد روى عنه أبو زرعة وأبو حاتم وهو مقارب الحال إن شاء الله تعالى. ورواه ابن منده من حديث عبد الرحمن بن دلهم وقال: منكر. ورواه البيهقي في شعب الإيمان عن ابن عمر مرفوعا: أن نبيا من الأنبياء شكا إلى الله عز وجل الضعف فأمره بأكل البيض وقال: تفرد به ابن أزهر عن أبي الربيع .

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Ibn Hibban berkata: Hadith ini palsu tanpa ragu. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’, Ibn Sunni meriwayatkan di dalam kitab al-Tibb daripada Ali RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam hadith ini Ibn Sunni hanya menyebut memakan telur sahaja, dan pada sanadnya terdapat al-Faid bin Wasiq, Ibn Ma’in berkata: Dia seorang pembohong, keji. Al-Zahabi berkata: Abu Zur’ah dan Abu Hatim meriwayatkan darinya sedangkan dia muqarib al-hal (tidak syaz dan tidak munkar) in sya Allah. Ibn Mandah meriwayatkan daripada hadith Abd Rahman bin Dalham, dan dia berkata: Hadith ini munkar (terlalu daif). Ibn Baihaqi meriwayatkan di dalam kitab Syu‘abul Iman daripada Ibn Umar secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), terdapat seorang nabi dari para nabi-nabi mengadu kepada Rasullullah SAW akan kelemahannya, maka Rasullullah SAW memerintahkannya memakan telur. Al-Baihaqi berkata: Bersendirian Ibn Azhar dalam meriwayatnya daripada Abi Rabi‘.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.