Sesungguhnya seorang lelaki itu tidak menjadi seorang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل لا يكون مؤمناً حتى يكون قلبه مع لسانه سواءً، ويكون لسانه مع قلبه سواءً، ولا يخالف قوله عمله، ويأمن جاره بوائقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang lelaki itu tidak menjadi seorang mukmin sehinggalah jantung hati dengan lidahnya selari. Dan lidah dan jantung hatinya itu selari. Demikian ucapannya tidak menyelisihi amalannya, serta memberi keamanan kepada jirannya daripada kejahatannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis nombor 495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلىى الله عليه وسلم: إن الرجل لا يكون مؤمناً حتى يكون قلبه مع لسانه سواءً، ويكون لسانه مع قلبه سواءً، ولا يخالف قوله عمله، ويأمن جاره بوائقه.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5304)]

(Lemah)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya seorang lelaki itu tidak menjadi seorang mukmin sehinggalah jantung hati dengan lidahnya selari. Dan lidah dan jantung hatinya itu selari. Demikian ucapannya tidak menyelisihi amalannya, serta memberi keamanan kepada jirannya daripada kejahatannya.’’
[Diriwayatkan oleh Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5304]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs