Sesungguhnya seorang lelaki itu telah begitu hampir dengan syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanyalah sehasta sahaja

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليدنو من الجنة حتى يكون ما بينه وبينها قيد ذراع، فيتكلم بالكلمة فيتباعد منها أبعد من صنعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang lelaki itu telah begitu hampir dengan syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanyalah sehasta sahaja. Kemudian dia bercakap dengan suatu kalimah yang menjauhkan dirinya daripadanya lebih jauh dari Ṣan‘ā’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis nombor 198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابنة أبي الحكم الغفاري – رضي االله عنهما -، قالت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الرجل ليدنو من الجنة حتى يكون ما بينه وبينها قيد ذراع، فيتكلم بالكلمة فيتباعد منها أبعد من صنعاء)).
[حم، ((الضعيفة)) (3004)]

(Lemah) Daripada anak perempuan kepada Abū al-Ḥakam al-Ghifārī RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki itu telah begitu hampir dengan syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanyalah sehasta sahaja. Kemudian dia bercakap dengan suatu kalimah yang menjauhkan dirinya daripadanya lebih jauh dari Ṣan‘ā’."
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3004]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs