Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat kelembutan telah mencapai darjat orang yang berpuasa yang melakukan solat

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليدرك بالحلم درجة الصائم القائم، وإنه ليكتب جبارا، وإنه ما يملك إلا أهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat kelembutan telah mencapai darjat orang yang berpuasa yang melakukan solat. Dan sesungguhnya dia pasti ditulis sebagai seorang yang kuat. Dan sesungguhnya dia tidak memiliki melainkan ahli keluarganya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis nombor 199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – أن النبي صلى االه عليه وسلم يقول : ((إن الرجل ليدرك بالحلم درجة الصائم القائم، وإنه ليكتب جبارا، وإنه ما يملك إلا أهل بيته)).
[حل، ((الضعيفة)) (3002)]

(Lemah) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat kelembutan telah mencapai darjat orang yang berpuasa yang melakukan solat. Dan sesungguhnya dia pasti ditulis sebagai seorang yang kuat. Dan sesungguhnya dia tidak memiliki melainkan ahli keluarganya.
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3002]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs