Sesungguhnya seorang lelaki itu akan datang kepadanya kitabnya yang tersebar

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليؤتى كتابه منشوراً فيقول: يا رب! فأين حسنات كذا وكذا عملتها؛ ليست في صحيفتي؟! فيقول له: محيت باغتيابك الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang lelaki itu akan datang kepadanya kitabnya yang tersebar. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan, di manakah kebaikan-kebaikan yang telah aku lakukan namun tidak terdapat dalam buku amalanku? Lalu dikatakan kepadanya: Ia dihapuskan dengan umpatan-umpatan kamu terhadap manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis nombor 494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الرجل ليؤتى كتابه منشوراً فيقول: يا رب! فأين حسنات كذا وكذا عملتها؛ ليست في صحيفتي؟! فيقول له: محيت باغتيابك الناس.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5261)]

(Palsu)
Daripada Abū Umamah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang lelaki itu akan datang kepadanya kitabnya yang tersebar. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan, di manakah kebaikan-kebaikan yang telah aku lakukan namun tidak terdapat dalam buku amalanku? Lalu dikatakan kepadanya: Ia dihapuskan dengan umpatan-umpatan kamu terhadap manusia.
[Diriwayatkan oleh al-Aṣbahānī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5261]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs