Sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya si fulan itu dibinasakan (meninggal dunia), maka solatlah ke atasnya

TEKS BAHASA ARAB

عن أبي المنذر: أن رجلاً جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله! إن فلاناً هلك، فصلّ عليه. فقال عمر: إنه فاجر، فلا تصل عليه. فقال الرجل: يا رسول الله! الم تر الليلة التي صبحت فيها في الحرس، فإنه كان فيهم؟! فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فصلى عليه، ثم تبعه، حتى إذا جاء قبره، قعد، حتى إذا فرغ منه، حثا عليه ثلاث حثيات، ثم قال: (يُثني عليك الناش شراً، فأُثني عليك خيراً)). فقال عمر: وما ذاك يا رسول الله!؟ فقال صلى الله عليه وسلم: ((دعنا عنك يا عمر بن الخطاب! من جاهد في سبيل الله، دخل الجنة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abu al-Mundzir, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya si fulan itu telah dibinasakan (meninggal dunia), maka solatlah ke atasnya.” Umar berkata: “Dia merupakan orang yang jahat, maka janganlah solat untuknya.” Lalu lelaki itu berkata : “Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu melihat ketika malam yang kamu berpagian padanya ketika waktu pengawalan (jihad), sesungguhnya dia salah seorang yang bersama mereka mengawal. Maka Rasulullah SAW bangun dan mendirikan solat untuknya, kemudian baginda mengiringinya sehinggalah baginda sampai ke kuburnya dan duduk sehinggalah Baginda selesai daripadanya. Baginda menaburkan (tanah) ke atasnya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda berkata: ((Manusia memujimu dengan keburukan, tetapi aku memujimu dengan kebaikan.)) Maka Umar berkata: “Apakah maksudnya (dari ucapanmu itu) wahai Rasulullah?!” Rasulullah SAW menjawab: ((Biarkan kami wahai Umar Bin al-Khattab! Barang siapa yang berjihad di jalan Allah, dia masuk syurga.))

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769, hadis nombor 8907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي المنذر: أن رجلاً جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله! إن فلاناً هلك، فصلّ عليه. فقال عمر: إنه فاجر، فلا تصل عليه. فقال الرجل: يا رسول الله! الم تر الليلة التي صبحت فيها في الحرس، فإنه كان فيهم؟! فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فصلى عليه، ثم تبعه، حتى إذا جاء قبره، قعد، حتى إذا فرغ منه، حثا عليه ثلاث حثيات، ثم قال: ((يُثني عليك الناش شراً، فأُثني عليك خيراً)). فقال عمر: وما ذاك يا رسول الله!؟ فقال صلى الله عليه وسلم: ((دعنا عنك يا عمر بن الخطاب! من جاهد في سبيل الله، دخل الجنة)). [طب، ((الضعيفة)) (6616)].

(Munkar)
Daripada Abu al-Mundzir, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya si fulan itu telah dibinasakan (meninggal dunia), maka solatlah ke atasnya.” Umar berkata: “Dia merupakan orang yang jahat, maka janganlah solat untuknya.” Lalu lelaki itu berkata : “Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu melihat ketika malam yang kamu berpagian padanya ketika waktu pengawalan (jihad), sesungguhnya dia salah seorang yang bersama mereka mengawal. Maka Rasulullah SAW bangun dan mendirikan solat untuknya, kemudian baginda mengiringinya sehinggalah baginda sampai ke kuburnya dan duduk sehinggalah Baginda selesai daripadanya. Baginda menaburkan (tanah) ke atasnya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda berkata: ((Manusia memujimu dengan keburukan, tetapi aku memujimu dengan kebaikan.)) Maka Umar berkata: “Apakah maksudnya (dari ucapanmu itu) wahai Rasulullah?!” Rasulullah SAW menjawab: ((Biarkan kami wahai Umar Bin al-Khattab! Barang siapa yang berjihad di jalan Allah, dia masuk syurga.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6616].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs