Sesungguhnya seorang imam itu mencukupkan (kekurangan) mereka yang berada di belakangnya (makmum)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الإمام يكفي من وراءه، فإن سها الإمام فعليه سجدتا السهو، وعلى من وراءه أن يسجدوا معه، وإن سها أحد ممن خلفه فليس عليه أن يسجد؛ والإمام يكفيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang imam itu mencukupkan (kekurangan) mereka yang berada di belakangnya (makmum). Sekiranya imam terlupa, maka hendaklah dia melakukan dua kali sujud sahwi, dan hendaklah mereka yang solat di belakangnya turut sujud bersamanya. Dan sekiranya salah seorang yang berada di belakang imam (iaitu makmum) terlupa, maka dia tidak perlu untuk bersujud (sahwi), kerana imam telah mencukupkan buat dirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis nombor 1388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سالم بن عبدالله، قال: جاء جبير بن مطعم إلى ابن عمر فقال: يا أبا عبد الرحمن! كيف قال أمير المؤمنين عمر في الإمام يؤم القوم؟ فقال ابن عمر: قال عمر: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الإمام يكفي من وراءه، فإن سها الإمام فعليه سجدتا السهو، وعلى من وراءه أن يسجدوا معه، وإن سها أحد ممن خلفه فليس عليه أن يسجد؛ والإمام يكفيه)). [هق، ((الضعيفة)) (2983)]

(Palsu)
Daripada Salim bin ‘Abdillah beliau berkata: Jubair Ibn Mut’im telah datang kepada Ibn ‘Umar, lalu berkata: Wahai Abu Abd al-Rahman, bagaimanakah yang dikatakan oleh Amirul Mu’minin ‘Umar berkenaan seorang imam yang dilantik sebagai imam kepada kaumnya? Lalu Ibn ‘Umar berkata: ‘Umar berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang imam itu mencukupkan (kekurangan) mereka yang berada di belakangnya (makmum). Sekiranya imam terlupa, maka hendaklah dia melakukan dua kali sujud sahwi, dan hendaklah mereka yang solat di belakangnya turut sujud bersamanya. Dan sekiranya salah seorang yang berada di belakang imam (iaitu makmum) terlupa, maka dia tidak perlu untuk bersujud (sahwi), kerana imam telah mencukupkan buat dirinya.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2983]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.