Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الإمامَ يكفي مَن وَراءَهُ، فإنْ سها الإمامُ فعليهِ سجدتا السَّهوِ، وعلى مَن وَراءَهُ، أن يسجُدوا معهُ، وإنْ سها أحدٌ ممنْ خلفَهُ فليس عليهِ أنْ يسجدَ؛ والإمامُ يكفيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang imam itu mencukupkan (kekurangan) mereka yang berada di belakangnya (makmum). Sekiranya imam terlupa, maka hendaklah dia melakukan dua kali sujud sahwi, dan hendaklah mereka yang solat di belakangnya turut sujud bersamanya. Dan sekiranya salah seorang yang berada di belakang imam (iaitu makmum) terlupa, maka dia tidak perlu untuk bersujud (sahwi), kerana imam telah mencukupkan buat dirinya.
Sahabat Perawi
- Salim bin ‘Abdillah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis no. 1388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سالم بن عبدالله، قال: جاء جبير بن مطعم إلى ابن عمر فقال: يا أبا عبد الرحمن! كيف قال أمير المؤمنين عمر في الإمام يؤم القوم؟ فقال ابن عمر: قال عمر: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الإمام يكفي من وراءه، فإن سها الإمام فعليه سجدتا السهو، وعلى من وراءه أن يسجدوا معه، وإن سها أحد ممن خلفه فليس عليه أن يسجد؛ والإمام يكفيه)). [هق، ((الضعيفة)) (2983)]
(Palsu) Daripada Salim bin ‘Abdillah beliau berkata: Jubair Ibn Mut’im telah datang kepada Ibn ‘Umar, lalu berkata: Wahai Abu Abd al-Rahman, bagaimanakah yang dikatakan oleh Amirul Mu’minin ‘Umar berkenaan seorang imam yang dilantik sebagai imam kepada kaumnya? Lalu Ibn ‘Umar berkata: ‘Umar berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang imam itu mencukupkan (kekurangan) mereka yang berada di belakangnya (makmum). Sekiranya imam terlupa, maka hendaklah dia melakukan dua kali sujud sahwi, dan hendaklah mereka yang solat di belakangnya turut sujud bersamanya. Dan sekiranya salah seorang yang berada di belakang imam (iaitu makmum) terlupa, maka dia tidak perlu untuk bersujud (sahwi), kerana imam telah mencukupkan buat dirinya. [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2983]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman