Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن العبد ليذنب الذنب فإذا ذكره أحزنه، فإذا نظر الله إليه قد أحزنه الذي صنع غفر له من قبل أن يأخذ في كفارته بصلاة أو صيام أو صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba telah melakukan dosa, apabila dia mengingatinya dia bersedih dengannya. Apabila Allah melihat kepadanya bersedih dengan perbuatannya, Dia mengampunkannya sebelum dia mengambil amalan penghapus dosa daripada solat atau puasa atau sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis nombor 10098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: إن العبد ليذنب الذنب فإذا ذكره أحزنه، فإذا نظر الله إليه قد أحزنه الذي صنع غفر له من قبل أن يأخذ في كفارته بصلاة أو صيام أو صدقة.
[الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (3029)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya seorang hamba telah melakukan dosa, apabila dia mengingatinya dia bersedih dengannya. Apabila Allah melihat kepadanya bersedih dengan perbuatannya, Dia mengampunkannya sebelum dia mengambil amalan penghapus dosa daripada solat atau puasa atau sedekah.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaḍḍah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3029]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.