Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العبدَ ليُذنِبُ الذَّنبَ فإذا ذكرَه أحزَنهُ، فإذا نظرَ اللهُ إليه قد أحزَنَه الَّذي صَنعَ غفرَ له من قَبلِ أن يأخذَ في كفَّارتِهِ بصلاةٍ أو صيامٍ أو صدَقةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang hamba telah melakukan dosa, apabila dia mengingatinya dia bersedih dengannya. Apabila Allah melihat kepadanya bersedih dengan perbuatannya, Dia mengampunkannya sebelum dia mengambil amalan penghapus dosa daripada solat atau puasa atau sedekah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis no. 10098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya seorang hamba telah melakukan dosa, apabila dia mengingatinya dia bersedih dengannya. Apabila Allah melihat kepadanya bersedih dengan perbuatannya, Dia mengampunkannya sebelum dia mengambil amalan penghapus dosa daripada solat atau puasa atau sedekah. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaḍḍah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3029]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman