Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seorang hamba itu mengambil adab yang baik daripada Allah SWT

Teks Bahasa Arab

إن العبدَ أخذ عن اللهِ أَدَبًا حَسَنًا، إذا وُسِّعَ عليه وَسَّعَ، وإذا أُمْسِكَ عليه أَمْسَكَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seorang hamba itu mengambil adab yang baik daripada Allah SWT. Apabila dia diberi kelapangan, dia akan melapangkan. Dan apabila tidak diberikan kepadanya, dia akan berhenti.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis no. 204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن العبد أخذ عن الله أدباً حسناً، إذا وسع عليه وسع، وإذا أمسك عليه أمسك)). [حل، ((الضعيفة)) (3027)].

(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) : ((Sesungguhnya seorang hamba itu mengambil adab yang baik daripada Allah SWT. Apabila dia diberi kelapangan, dia akan melapangkan. Dan apabila tidak diberikan kepadanya, dia akan berhenti.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3027].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.