TEKS BAHASA ARAB
إن العبد ليبلغ بحسن خلقه عظيم درجات الآخرة وشرف المنازل؛ وإنه لضعيف العبادة، وإنه ليبلغ بسوء خلقه أسفل درك جهنم وهو عابد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya seorang hamba itu dengan akhlaknya yang mulia boleh jadi mencapai darjat-darjat akhirat yang agung serta kedudukan yang mulia, dalam keadaan dia lemah dalam beribadah. Manakala seorang hamba dengan akhlaknya yang buruk boleh jadi mencapai kedudukan di serendah-rendah neraka Jahannam dalam keadaan dia seorang ‘ābid.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis nombor 205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن العبد ليبلغ بحسن خلقه عظيم درجات الآخرة وشرف المنازل؛ وإنه لضعيف العبادة، وإنه ليبلغ بسوء خلقه أسفل درك جهنم وهو عابد.)) [طب، الضياء، أبو الشيخ في ((الطبقات الأصبهانيين))، الخرائطي في ((المكارم))، ((الضعيفة)) (3030)].
(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) : ((Sesungguhnya seorang hamba itu dengan akhlaknya yang mulia boleh jadi mencapai darjat-darjat akhirat yang agung serta kedudukan yang mulia, dalam keadaan dia lemah dalam beribadah. Manakala seorang hamba dengan akhlaknya yang buruk boleh jadi mencapai kedudukan di serendah-rendah neraka Jahannam dalam keadaan dia seorang ‘ābid.))
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah, Abū al-Shaykh dalam Ṭabaqāt āl-Aṣbahṣniyyīn, dan al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3030.].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.