Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العبدَ ليتَكَلَّمُ بالكلِمةِ لا يلقى لَها بالًا يرفعُهُ اللَّهُ بِها درجاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang hamba itu berkata-kata dengan satu kalimah yang dia tidak peduli mengenainya, lalu Allah mengangkatnya dengan beberapa darjat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180, hadis no. 918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: إن العبد ليتكلم بالكلمة لا يلقي لها بالا يرفعه الله بها درجات. [خ، حم، هب، المروزي في ((زوائد الزهد، ((الضعيفة) (1299)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang hamba itu berkata-kata dengan satu kalimah yang dia tidak peduli mengenainya, lalu Allah mengangkatnya dengan beberapa darjat. [Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Marwazi dalam Zawaid al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1299]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman