Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia sedang berdiri di dalam solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن العبد إذا قام في الصلاة فإنه بين عيني (وفي رواية: يدي) الرحمن عز وجل، فإذا التفت قال له الرب: ابن آدم! إلى من تلتفت؟! تلتفت إلى من هو خير لك مني، ابن آدم! أقبل إلي؛ أنا خير لك ممن تلتفت إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia sedang berdiri di dalam solat maka dia sedang berada di antara mata (dan dalam sebuah riwayat: kedua tangan) Allah al-Rahman ‘Azza wa Jalla. Dan sekiranya dia memalingkan (muka), Tuhan akan berkata kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapakah kamu berpaling? Adakah kamu berpaling kepada orang yang lebih baik untuk kamu selain Aku? Wahai anak Adam, beralihlah (menghadap) ke arah-Ku. Aku lebih baik buat kamu berbanding sesiapa yang kamu berpaling ke arahnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis nombor 1509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «إن العبد إذا قام في الصلاة فإنه بين عيني (وفي رواية : يدي) الرحمن -عز وجل-، فإذا التفت قال له الرب: ابن آدم! إلى من تلتفت؟! تلتفت إلى من هو خير لك مني، ابن آدم! أقبل إلي؛ أنا خير لك من تلتفت إليه».
[البزار، عق، ابن أبي الدنيا في «التهجد»، الأصبهاني، «الضعيفة» (4399)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia sedang berdiri di dalam solat maka dia sedang berada di antara mata (dan dalam sebuah riwayat: kedua tangan) Allah al-Rahman ‘Azza wa Jalla. Dan sekiranya dia memalingkan (muka), Tuhan akan berkata kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapakah kamu berpaling? Adakah kamu berpaling kepada orang yang lebih baik untuk kamu selain Aku? Wahai anak Adam, beralihlah (menghadap) ke arah-Ku. Aku lebih baik buat kamu berbanding sesiapa yang kamu berpaling ke arahnya.
[Riwayat al-Bazzar, al-Dhu‘afa’ al-Kabir oleh al-’Uqaili, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4399]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.