Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia berdiri untuk menunaikan solat, maka akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد إذا قام في الصلاة؛ فتحت له أبواب الجنة، وكشفت له الحجب بينه وبين ربه، واستقبلته الحور العين ما لم يمتخط أو يتنحنح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia berdiri untuk menunaikan solat, maka akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, disingkapkan penutup-penutup di antara dia dan Tuhannya dan bidadari yang putih melepak akan menyambut kedatangannya selama mana dia tidak mengeluarkan hingus atau berdehem.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 370-371, hadis nombor 1971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن العبد إذا قام في الصلاة؛ فتحت له أبواب الجنة، وكشفت له الحجب بينه وبين ربه، واستقبلته الحور العين، ما لم يمتخط أو يتنحنح». [طب، «الضعيفة» (6719)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia berdiri untuk menunaikan solat, maka akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, disingkapkan penutup-penutup di antara dia dan Tuhannya dan bidadari yang putih melepak akan menyambut kedatangannya selama mana dia tidak mengeluarkan hingus atau berdehem". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 6719].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs