Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العبدَ إذا قامَ في الصلاةِ؛ فُتحتْ لهُ أبوابُ الجنةِ، وكُشفِتْ لهُ الحُجُبُ بينَهُ وبينَ ربِّهِ، واستقبلتهُ الحورُ العينُ ما لم يَمْتَخِطْ أو يتنَحْنَحْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia berdiri untuk menunaikan solat, maka akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, disingkapkan penutup-penutup di antara dia dan Tuhannya dan bidadari yang putih melepak akan menyambut kedatangannya selama mana dia tidak mengeluarkan hingus atau berdehem.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 370-371, hadis no. 1971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن العبد إذا قام في الصلاة؛ فتحت له أبواب الجنة، وكشفت له الحجب بينه وبين ربه، واستقبلته الحور العين، ما لم يمتخط أو يتنحنح». [طب، «الضعيفة» (6719)].
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia berdiri untuk menunaikan solat, maka akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga, disingkapkan penutup-penutup di antara dia dan Tuhannya dan bidadari yang putih melepak akan menyambut kedatangannya selama mana dia tidak mengeluarkan hingus atau berdehem". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 6719].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman