Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah SWT, lalu Allah SWT memanjangkan tempoh berdirinya

Teks Bahasa Arab

إنَّ العبدَ ليقفُ بين يديِ اللهِ ، فيُطوِّلُ اللهُ وقوفَه ؛ حتى يُصيبَه من ذلك كربٌ شديدٌ ، فيقولُ : ربِّ ! ارحمني اليومَ . فيقولُ : وهل رحمتَ شيئًا من خَلْقِي من أجلي ؛ فأرحمُك ؟ هاتِ ولو عصفورًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah SWT, lalu Allah SWT memanjangkan tempoh berdirinya sehingga disebabkan itu, dia ditimpa kesulitan teramat sangat. Kemudian dia berkata: Wahai Tuhan, rahmatilah aku pada hari ini. Maka Allah SWT berfirman: {Dan adakah kamu mengasihi sesuatu dari kalangan makhluk-Ku kerana-Ku untuk Aku mengasihani kamu? Datangkanlah meski hanya seekor burung}.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 124 - 125, hadis no. 636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إن العبد ليقف بين يدي الله فيطوّل وقوفه حتى يصيبه من ذلك كرب شديد فيقول : يا ربّ ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمتّ شيئاً من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هاتِ ولو عصفوراً. [ابن عساكر، الضعيفة (6178)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah SWT, lalu Allah SWT memanjangkan tempoh berdirinya sehingga disebabkan itu, dia ditimpa kesulitan yang teramat sangat. Kemudian dia berkata: Wahai Tuhan, rahmatilah aku pada hari ini. Maka Allah SWT berfirman: {Dan adakah kamu mengasihi sesuatu dari kalangan makhluk-Ku kerana-Ku untuk Aku mengasihani kamu? Datangkanlah meski hanya seekor burung}. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6198]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.