Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah, lalu Dia memanjangkan tempoh berdirinya

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد ليقف بين يدي الله، فيطول وقوفه؛ حتى يصيبه من ذلك كرب شديد، فيقول: رب! ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمت شيئا من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هات ولو عصفورا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah, lalu Dia memanjangkan tempoh berdirinya. Sehingga dia ditimpa derita akibat daripada itu, lalu dia berkata: "Tuhan! Kasihilah aku pada hari ini". Dia berfirman: "Adakah engkau pernah mengasihi suatu apapun daripada ciptaan-Ku demi Aku, supaya Aku boleh mengasihimu? Datangkanlah walaupun hanya seekor burung pipit".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 426-427, hadis nombor 2297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن العبد ليقف بين يدي الله، فيطول وقوفه؛ حتى يصيبه من ذلك كرب شديد، فيقول: رب! ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمت شيئا من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هات ولو عصفورا». [ابن عساكر، «الضعيفة» (6198)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah, lalu Dia memanjangkan tempoh berdirinya. Sehingga dia ditimpa derita akibat daripada itu, lalu dia berkata: "Tuhan! Kasihilah aku pada hari ini". Dia berfirman: "Adakah engkau pernah mengasihi suatu apapun daripada ciptaan-Ku demi Aku, supaya Aku boleh mengasihimu? Datangkanlah walaupun hanya seekor burung pipit". [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6198].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs