Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العبدَ ليقفُ بين يديِ اللهِ، فيُطوِّلُ وقوفَه؛ حتى يُصيبَه من ذلك كربٌ شديدٌ، فيقولُ: ربِّ! ارحمني اليومَ. فيقولُ: وهل رحمتَ شيئًا من خَلْقِي من أجلي؛ فأرحمُك؟ هاتِ ولو عصفورًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah, lalu Dia memanjangkan tempoh berdirinya. Sehingga dia ditimpa derita akibat daripada itu, lalu dia berkata: "Tuhan! Kasihilah aku pada hari ini". Dia berfirman: "Adakah engkau pernah mengasihi suatu apapun daripada ciptaan-Ku demi Aku, supaya Aku boleh mengasihimu? Datangkanlah walaupun hanya seekor burung pipit".
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 426-427, hadis no. 2297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن العبد ليقف بين يدي الله، فيطول وقوفه؛ حتى يصيبه من ذلك كرب شديد، فيقول: رب! ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمت شيئا من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هات ولو عصفورا». [ابن عساكر، «الضعيفة» (6198)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya seorang hamba itu akan berdiri di hadapan Allah, lalu Dia memanjangkan tempoh berdirinya. Sehingga dia ditimpa derita akibat daripada itu, lalu dia berkata: "Tuhan! Kasihilah aku pada hari ini". Dia berfirman: "Adakah engkau pernah mengasihi suatu apapun daripada ciptaan-Ku demi Aku, supaya Aku boleh mengasihimu? Datangkanlah walaupun hanya seekor burung pipit". [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6198].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman