Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat akan datang malaikat,

TEKS BAHASA ARAB

 إنَّ الْعَبْدَ إذَا قَامَ يُصَلِّي أَتَاهُ الْمَلَكُ فَقَامَ خَلْفَهُ، فَيَسْمَعُ الْقُرْآنَ وَيَدْنُو إلَى فِيهِ فَلَا يَقْرَأُ آيَةً إِلا كَانَتْ فِي جَوْفِ الْمَلَكِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat akan datang malaikat, maka berdirilah malaikat itu di belakangnya, mendengar bacaan al-Qurannya dan mendekatinya sampai ia meletakkan mulutnya pada mulut hamba tadi. Tidaklah hamba tersebut membaca suatu ayat kecuali ayat tersebut masuk ke perut malaikat itu.

STATUS

Isnadnya baik dan tidak mengapa (la ba’sa bihi)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Direkodkan oleh al-Bazzar di dalam Musnad: 203, Al-Munziri di dalam at-Targhib wat Tarhib: 140. Isnadnya baik dan tidak mengapa (la ba’sa bihi).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon