Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang mukmin berkurun lamanya

Teks Bahasa Arab

إنَّ العبدَ يلبَثُ مؤمِنًا أحقابًا، ثمَّ أحقابًا ثمَّ يموتُ واللَّهُ عنه سَاخطٌ، وإنَّ العبدَ يلبَثُ كافرًا أحقابًا، ثمَّ أحقابًا ثمَّ يموتُ واللَّهُ عنهُ راضٍ، ومَن مَاتَ همَّازًا لمَّازًا مُلقِّبًا للنَّاسِ، كانَ عَلامتَهُ يومَ القيامةِ أن يَسِمَهُ اللَّهُ علَى الخُرطومِ من كِلا الشَّفَتينِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang mukmin berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan murka kepadanya. Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang kafir berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mencaci, suka mencela dan menggelar manusia, Allah akan memberinya tanda di atas hidungnya daripada kedua bibirnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 680, hadis no. 3498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن العبد يلبث مؤمنا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه ساخط، وإن العبد يلبث كافرا أحقابا، ثم أحقابا ثم يموت والله عنه راض، ومن مات همازا لمازا ملقبا للناس، كان علامته يوم القيامة أن يسمه الله على الخرطوم من كلا الشفتين)). [الفسوي، طس، ((الضعيفة)) (5517)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang mukmin berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan murka kepadanya. Sesungguhnya seorang hamba akan tinggal sebagai seorang kafir berkurun lamanya, kemudian berkurun lagi lamanya kemudian akan mati dan Allah akan reda kepadanya. Sesiapa yang mati dalam keadaan suka mencaci, suka mencela dan menggelar manusia, Allah akan memberinya tanda di atas hidungnya daripada kedua bibirnya. [Riwayat Ya’qūb al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5517]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.