TEKS BAHASA ARAB
إن غلاما كان في بني إسرائيل على جبل فقال لأمه: من خلق السماء؟ قالت: الله عز وجل. قال: فمن خلق الأرض؟ قالت: الله عز وجل، قال: فمن خلق الجبال؟ قالت: الله عز وجل. قال: فمن خلق الغيم؟ قالت: الله عز وجل. قال: إني لأسمع لله شأنا، ثم رمى بنفسه من الجبل فتقطع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya seorang budak dalam kalangan Bani Israel berada di atas suatu bukit. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Siapakah yang menciptakan langit?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia bertanya lagi: “Lalu siapakah yang menciptakan bumi?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia bertanya lagi: “Lalu siapakah yang mencipta bukit-bukau?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia bertanya lagi: “Lalu siapakah yang mencipta awan?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar kehebatan milik Allah.” Kemudian dia terjun dari bukit itu lalu dia terputus-putus.
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 570, hadis nombor 2947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن رسول الله ﷺ: «أنه ذكر غلاما في بني إسرائيل على جبل فقال لأمه: من خلق السماء؟ قالت: الله عز وجل. قال: فمن خلق الأرض؟ قالت: الله عز وجل، قال: فمن خلق الجبال؟ قالت: الله عز وجل. قال: فمن خلق الغيم؟ قالت: الله عز وجل. قال: إني لأسمع لله شأنا، ثم رمى بنفسه من الجبل فتقطع». [عد، «الضعيفة» (6501)].
(Sangat Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, daripada Rasulullah ﷺ bahawa Baginda ﷺ menyebutkan tentang seorang budak dalam kalangan Bani Israel yang berada di atas suatu bukit. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Siapakah yang menciptakan langit?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia bertanya lagi: “Lalu siapakah yang menciptakan bumi?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia bertanya lagi: “Lalu siapakah yang mencipta bukit-bukau?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia bertanya lagi: “Lalu siapakah yang mencipta awan?” Ibunya menjawab: “Allah Azzawajalla.” Dia berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar kehebatan milik Allah.” Kemudian dia terjun dari bukit itu lalu dia terputus-putus. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6501].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.