Sesungguhnya semua nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali nasabku dan sebabku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن كل نسب وسبب ينقطع يوم القيامة إلا نسبي وسببي. فجاء رجل فقال: مانسبك؟ فقال العرب. قال: فما سببك؟ قال الموالي: يحل لهم ما يحل لي، ويحرم عليهم ما يحرم علي، إن الله أوحى إلي أن لا أخرج في سرية إلا ويميني رجل من العرب، فإن لم يكن فمن الموالي، فإن لم يكن فالناس فئام لا خير فيهم، يا سلمان: ليس لك أن تنكح نسائهم، ولا تأمرهم، إنما أنتم الوزراء، وهم الأئمة، ولو أن الله علم أن شجرة خير من شجرتي لأخرجني منها، وهي شجرة العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sesungguhnya semua nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali nasabku dan sebabku. Lalu datang seorang lelaki bertanya: Apakah nasabmu? Arab. Apakah sebabmu? Al-Mawali. Dihalalkan kepada mereka apa yang dihalalkan untukku. Diharamkan kepada mereka apa yang diharamkan kepadaku. Allah telah mewahyukan kepadaku agar tidak keluar berperang kecuali di sebelah kananku ada seorang lelaki dari Arab, jika tiada maka ambillah al-Mawali. Jika tiada juga ambillah dari orang ramai yang tiada kebaikan bagi mereka. Wahai Salman, kamu tidak boleh mengahwini perempuan mereka, atau memimpin mereka, kamu adalah wakil kaum, mereka adalah pemimpin. Jika Allah mengetahui ada pokok yang lebih baik dari pokokku nescaya Allah akan mengeluarkan aku darinya, iaitu pokok Arab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 320-321, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: خارجة بن مصعب. وقد تفرد به، وليس بثقة. قال في اللآلىء: روى له الترمذي، وابن ماجه. وقال ابن عدي: هو ممن يكتب حديثه. انتهى.
وأقول: في هذا المتن نكارة لا تخفى على من له ممارسة لكلامه صلى الله عليه وآله وسلم.

Dalam sanadnya terdapat Kharijah Bin Mus’ab. Dia bersendirian meriwayatkan hadith ini dan dia bukan perawi yang thiqah (terpercaya). Dia berkata dalam Al-Laali’ : Al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadith beliau. Ibn ‘Adi berkata : Dia adalah antara orang yang ditulis hadithnya.
Saya berkata : Dalam matan ini ada tanda munkar yang tidak asing bagi sesiapa yang mahir terhadap kalam Nabi SAW.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs