TEKS BAHASA ARAB
إن لكل شيء قمامة وقمامة المسجد: لا والله، وبلى والله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya semua benda ada sampahnya. Dan sampah masjid ialah kata-kata: Tidak, demi Allah dan juga kata-kata: Benar, demi Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis nombor 10115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: إن لكل شيء قمامة وقمامة المسجد: لا والله، وبلى والله.
[ع، عد، طس، ((الضعيفة)) (3977)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya semua benda ada sampahnya. Dan sampah masjid ialah kata-kata: Tidak, demi Allah dan juga kata-kata: Benar, demi Allah.
[Riwayat Abu Yaa’la dalam Musnadnya, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fid Ḍu’afa’, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3977]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.