Sesungguhnya semalam aku telah melihat sesuatu yang menakjubkan

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت البارحة عجبا:

1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضووْه فاستنقذه من ذلك.

2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك.

3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم.

4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه.

5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة.

6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه.

7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم.

8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي.

9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه.

10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك.

11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار.

12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه.

13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه.

14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك.

15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته.

16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز.

17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya semalam aku telah melihat sesuatu yang menakjubkan:
1. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku telah dikepung oleh para malaikat azab, kemudian amalan wuduknya datang kepadanya lalu melepaskan dirinya daripada kepungan tersebut.
2. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah terbentang kepadanya azab kubur, lalu amalan solatnya datang kepadanya dan menyelamatkannya daripada azab tersebut.
3. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah dikepung oleh syaitan-syaitan, lalu datang kepadanya amalan zikrullah yang dia lakukan, dan ia melepaskannya daripada mereka.
4. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang terjelir lidahnya disebabkan terlampau dahaga, lalu datang kepadanya amalan puasa Ramadan dan ia memberi minum kepadanya.
5. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang mana di hadapannya ada kegelapan, begitu juga di bahagian belakangnya, kanan, dan kirinya, bahagian atas dan bawahnya, kesemuanya dalam kegelapan. Kemudian amalan haji dan umrahnya datang ke arahnya lalu mengeluarkannya daripada kegelapan.
6. Aku juga telah melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut rohnya. Kemudian datang amalan berbuat baiknya dia kepada ibu bapanya, lalu malaikat itu beredar daripadanya.
7. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang berbicara dengan golongan beriman namun mereka tidak berbicara dengannya. Kemudian datanglah amalan silaturahim yang dia lakukan ke arahnya, dan ia berkata: Sesungguhnya orang ini dahulunya menghubungkan ikatan dengan kaum keluarganya. Lalu lelaki itu pun berbicara dengan mereka (golongan beriman) dan mereka pun berbicara dengannya, dan dia turut tergolong dalam kalangan mereka.
8. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang pergi kepada para Nabi, dalam keadaan mereka itu berada dalam kumpulan demi kumpulan. Setiap kali dia lalu kepada satu kumpulan, dia akan dihalau. Lalu datanglah amalannya iaitu mandi junub, ia memegang tangannya serta mendudukkan lelaki itu di sebelahku.
9. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang menahan bahang api neraka dengan kedua tangannya daripada terkena mukanya, lalu datang kepadanya amalan sedekah yang dia lakukan, dan ia menjadi naungan yang berada di atas kepalanya serta menutup wajahnya.
10. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang datang kepadanya zabaniah untuk mengazab, lalu datang kepadanya amalannya iaitu amar ma’ruf dan juga nahi mungkar, dan menyelamatkannya daripada azab tersebut.
11. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah hampir masuk ke dalam neraka, lalu datang kepadanya air matanya yang mana dia menangis di dunia dahulu kerana takutkan Allah, lalu ia mengeluarkan dirinya daripada neraka.
12. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang mana buku amalannya telah menuju ke tangan kirinya, lalu datang kepadanya perasaan takutnya kepada Allah, dan ia mengambil buku amalannya itu lalu meletakkannya di tangan kanannya.
13. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang ringan neraca timbangan amalannya, lalu datang kepadanya afrathnya dan mereka memberatkan timbangannya.
14. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang berada di pinggiran neraka jahannam, lalu datanglah perasaan gementarnya kepada Allah – Ta’ala – lalu ia menyelamatkannya daripada keadaan tersebut.
15. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang menggeletar sebagaimana menggeletarnya seseorang yang menghidap penyakit kulit, lalu datanglah amalan sangka baiknya dengan Allah, dan ia menenangkan dirinya daripada getaran tersebut.
16. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang merangkak di atas titian sirat, kemudian datanglah amalannya iaitu berselawat ke atasku, maka amalan itu memegang tangannya serta mendirikannya di atas titian sirat lalu dia melepasinya.
17. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah terhenti di hadapan pintu-pintu syurga, lalu pintu-pintu itu tertutup dan dia tidak dapat memasukinya. Kemudian datanglah syahadah la ilaaha illaLlah kepadanya, dan ia memegang tangannya, dan memasukkannya ke dalam syurga.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 154 hadis nombor 772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن عبد الرحمن بن سمرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إني رأيت البارحة عجباً:
1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك.
2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك.
3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم.
4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه.
5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة.
6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه.
7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم.
8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي.
9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه.
10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك.
11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار.
12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه.
13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه.
14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك.
15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته.
16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز.
17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة.
[الطبراني في ((الأحاديث الطوال))، ((الضعيفة)) (7129)]

(Sangat munkar)
Daripada Abd al-Rahman bin Samurah RA beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda: Sesungguhnya semalam aku telah melihat sesuatu yang menakjubkan:
1. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku telah dikepung oleh para malaikat azab, kemudian amalan wuduknya datang kepadanya lalu melepaskan dirinya daripada kepungan tersebut.
2. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah terbentang kepadanya azab kubur, lalu amalan solatnya datang kepadanya dan menyelamatkannya daripada azab tersebut.
3. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah dikepung oleh syaitan-syaitan, lalu datang kepadanya amalan zikrullah yang dia lakukan, dan ia melepaskannya daripada mereka.
4. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang terjelir lidahnya disebabkan terlampau dahaga, lalu datang kepadanya amalan puasa Ramadan dan ia memberi minum kepadanya.
5. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang mana di hadapannya ada kegelapan, begitu juga di bahagian belakangnya, kanan, dan kirinya, bahagian atas dan bawahnya, kesemuanya dalam kegelapan. Kemudian amalan haji dan umrahnya datang ke arahnya lalu mengeluarkannya daripada kegelapan.
6. Aku juga telah melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut rohnya. Kemudian datang amalan berbuat baiknya dia kepada ibu bapanya, lalu malaikat itu beredar daripadanya.
7. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang berbicara dengan golongan beriman namun mereka tidak berbicara dengannya. Kemudian datanglah amalan silaturahim yang dia lakukan ke arahnya, dan ia berkata: Sesungguhnya orang ini dahulunya menghubungkan ikatan dengan kaum keluarganya. Lalu lelaki itu pun berbicara dengan mereka (golongan beriman) dan mereka pun berbicara dengannya, dan dia turut tergolong dalam kalangan mereka.
8. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang pergi kepada para Nabi, dalam keadaan mereka itu berada dalam kumpulan demi kumpulan. Setiap kali dia lalu kepada satu kumpulan, dia akan dihalau. Lalu datanglah amalannya iaitu mandi junub, ia memegang tangannya serta mendudukkan lelaki itu di sebelahku.
9. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang menahan bahang api neraka dengan kedua tangannya daripada terkena mukanya, lalu datang kepadanya amalan sedekah yang dia lakukan, dan ia menjadi naungan yang berada di atas kepalanya serta menutup wajahnya.
10. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang datang kepadanya zabaniah untuk mengazab, lalu datang kepadanya amalannya iaitu amar ma’ruf dan juga nahi mungkar, dan menyelamatkannya daripada azab tersebut.
11. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah hampir masuk ke dalam neraka, lalu datang kepadanya air matanya yang mana dia menangis di dunia dahulu kerana takutkan Allah, lalu ia mengeluarkan dirinya daripada neraka.
12. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang mana buku amalannya telah menuju ke tangan kirinya, lalu datang kepadanya perasaan takutnya kepada Allah, dan ia mengambil buku amalannya itu lalu meletakkannya di tangan kanannya.
13. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang ringan neraca timbangan amalannya, lalu datang kepadanya afrathnya dan mereka memberatkan timbangannya.
14. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang berada di pinggiran neraka jahannam, lalu datanglah perasaan gementarnya kepada Allah – Ta’ala – lalu ia menyelamatkannya daripada keadaan tersebut.
15. Aku melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang menggeletar sebagaimana menggeletarnya seseorang yang menghidap penyakit kulit, lalu datanglah amalan sangka baiknya dengan Allah, dan ia menenangkan dirinya daripada getaran tersebut.
16. Aku juga melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang merangkak di atas titian sirat, kemudian datanglah amalannya iaitu berselawat ke atasku, maka amalan itu memegang tangannya serta mendirikannya di atas titian sirat lalu dia melepasinya.
17. Aku turut melihat seorang lelaki dalam kalangan umatku yang telah terhenti di hadapan pintu-pintu syurga, lalu pintu-pintu itu tertutup dan dia tidak dapat memasukinya. Kemudian datanglah syahadah la ilaaha illaLlah kepadanya, dan ia memegang tangannya, dan memasukkannya ke dalam syurga.
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Aḥādith al-Ṭiwāl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7129]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs