Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنِّي رَأَيْتُ الْبَارِحَةَ عَجَبًا ،1- رَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي قَدْ احْتَوَشَتْهُ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ ، فَجَاءَهُ وُضُوؤُهُ فَاسْتَنقَذَهُ مِنْ ذَلِكَ ، 2- وَرَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي قَدْ بُسِطَ عَلَيْهِ عَذَابُ الْقَبْرِ ، فَجَاءَتْهُ صَلَاتُهُ فَاسْتَنْقَذَتْهُ مِنْ ذَلِكَ ، 3- وَرَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي احْتَوَشَتْهُ الشَّيَاطِينُ ، فَجَاءَهُ ذِكْرُ اللهِ فَخَلَّصَهُ مِنْهُمْ ، -4 وَرَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي يَلْهَثُ عَطَشًا ، فَجَاءَهُ صِيَامُ رَمَضَانَ فَسَقَاهُ ،5- وَرَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ ظُلْمَةٌ ، وَعَنْ يمينِه ظُلْمَةٌ ، وعنْ شِمَالِه ظُلْمَةٌ ، ومن فوقِه ظُلْمَةٌ ، ومن تحتِهِ ظُلْمَةٌ ، فجَاءَته حَجَّتُه وعُمْرَتُه فاستخرجَاه من الظُّلمةِ ، 6- ورَأَيْتُ رجُلًا منْ أُمَّتي جَاءَهُ مَلَكُ الموتِ لِيَقْبِضَ رُوحَه ، فجاءَه بِرُّه لوَالدَيْهِ فَرَدَّهُ عَنْهُ ، 7- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يُكلِّمُ المؤمنينَ ولا يُكلِّمونَه ، فجاءَته صِلَةُ الرَّحِمِ ، فقالتْ : إنَّ هذا كَانَ وَاصِلًا لرَحِمِه ، فكلَّمهُمْ وكلَّموهُ وصارَ مَعَهُمْ ، 8- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يَأْتِي النَّبيِّينَ وهُمْ حَلَقٌ حَلَقٌ كلمَا مرَّ على حلْقَةٍ طُرِدَ ، فجاءَه اغتسَالُه من الْجَنَابَةِ ، فأخذ بيدِه فأجلَسَه إلى جَنْبِي ، 9- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يتَّقي وَهَجَ النَّارِ بيدَيه عنْ وجْهِه ، فجاءَتْهُ صَدَقَتُه ، فصارتْ ظِلًّا على رأسِه وسِترًا عن وجهِه ، 10- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي ، جاءَته زبانيةُ العذابِ ، فَجَاءَه أَمْرُه بالمَعْرُوفِ ، ونَهْيُه عن المُنْكَرِ ، فاستَنْقَذَهُ منْ ذَلِكَ ، 11- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي هَوَى في النَّارِ ، فجاءَته دمُوعُه اللاتي بَكَى بِهَا في الدُّنْيَا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ فأخْرَجَتْهُ من النَّارِ ، 12- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي قد هوَتْ صحيفتُه إلى شمالِه فجاءَه خَوْفُه مِنَ اللهِ تعالى ، فأخذ صحيفَتَه فَجَعَلَها في يمِينِه ، 13- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي قَدْ خَفَّ ميزانُه ، فجاءَه أفراطُه فثقَّلوا ميزَانَه ، 14- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي على شَفِيرِ جهنَّمَ ، فجاءَه وَجَلُه من اللهِ تعالى فاستنقذَه من ذلك ، 15- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يَرْعَدُ كما تَرْعَدُ السَّعْفَةُ ، فجاءَه حُسنُ ظَنِّه باللهِ تعالى ، فَسَكَّنَ رِعْدَتَه ، 16- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يَزْحَفُ على الصِّرَاطِ مرَّةً ، ويحبُو مرَّةً ، فَجَاءَتْه صلاتُه عليَّ ، فأخذتْ بيدِه فأقَاَمتْه على الصراطِ حَتَّى جَازَ ، 17- ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي انتَهَى إلى أبْوَابِ الجَنَّةِ : فغُلِّقَتِ الأبْوَابُ دُونَه ، فجاءَته شَهَادَةُ أن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، فَأَخَذَتْ بِيَدِه ، فَأَدْخَلَتْه الجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya semalam aku telah melihat beberapa keajaiban, 1. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku dikelilingi para malaikat azab, tiba-tiba amalan wuduknya datang menyelamatkannya, 2. Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang hampir-hampir dikenakan seksaan kubur, tiba-tiba amalan solatnya datang menyelamatkannya, 3. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang dikerumuni oleh syaitan, tiba-tiba amalan zikirnya datang lalu melepaskannya daripada mereka, 4. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang terjelir-jelir kehausan, tiba-tiba amalan puasanya pada bulan Ramadan datang memberinya minum, 5. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang di hadapannya dan belakangnya, di kanan dan kirinya, di atas dan di bawahnya dipenuhi kegelapan, tiba-tiba amalan haji dan umrahnya datang lalu kedua-dua amalan itu mengeluarkannya daripada kegelapan tersebut, 6. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang malaikat maut sudah datang untuk mencabut nyawanya, namun amalan berbakti kepada ibu bapanya datang menolak malaikat maut tersebut, 7. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku cuba bercakap-cakap dengan orang beriman, namun mereka tidak bercakap dengannya, tiba-tiba amalan menyambung silaturahimnya datang dan berkata: Sikap ini memang sikap asalnya kerana sikap peramahnya. Lalu apabila dia berbicara dengan mereka, mereka kembali berbicara dengannya dan dia menjadi sebahagian daripada mereka. 8. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku datang menemui para nabi, dan mereka ada dalam kelompok-kelompok tertentu, setiap kali dia melalui satu kelompok, dia dihalau, tiba-tiba amalan mandi junubnya datang kepadanya dan membawanya duduk di sebelahku, 9. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang cuba mengelak daripada bahang api neraka terkena wajahnya dengan menggunakan kedua tangannya, tiba-tiba amalan sedekahnya datang dan menjadi payung menaungi kepalanya dan menjadi penghadang melindungi mukanya, 10. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku, dia didatangi malaikat azab Zabaniyah, tiba-tiba amalan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran datang menyelamatkannya, 11. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku terjatuh ke dalam neraka, tiba-tiba air matanya pernah mengalir kerana takutkan Allah datang dan mengeluarkannya daripada neraka, 12. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang catatan amalannya menuju ke tangan kirinya, tiba-tiba perasaan takutnya kepada Allah datang mengambil catatan amalannya itu lalu menjadikan ia di tangan kanannya, 13. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang timbangan amalan baik lebih ringan, tiba-tiba usaha-usahanya datang dan memberatkan timbangannya, 14. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang sudah berada di tebing Jahanam, tiba-tiba ketakutannya kepada Allah datang menyelamatkannya, 15. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku menggeletar umpama juntaian tamar, tiba-tiba sangka baiknya kepada Allah datang menenangkannya, 16. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang kadangkala merangkak serta meniarap di atas titian sirat, tiba-tiba amalan selawatnya ke atasku datang dan memapahnya di atas titian sirat sehingga dia berjaya melepasinya, 17. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang sudah berdiri hadapan pintu-pintu syurga, namun ia semuanya ditutup untuknya, sehinggalah penyaksiannya bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah datang kepadanya, memimpinnya masuk ke dalam Syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-Rahman bin Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1109-1110, hadis no. 5618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Samurah RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya semalam aku telah melihat beberapa keajaiban, 1. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku dikelilingi para malaikat azab, tiba-tiba amalan wuduknya datang menyelamatkannya, 2. Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang hampir-hampir dikenakan seksaan kubur, tiba-tiba amalan solatnya datang menyelamatkannya, 3. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang dikerumuni oleh syaitan, tiba-tiba amalan zikirnya datang lalu melepaskannya daripada mereka, 4. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang terjelir-jelir kehausan, tiba-tiba amalan puasanya pada bulan Ramadan datang memberinya minum, 5. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang di hadapannya dan belakangnya, di kanan dan kirinya, di atas dan di bawahnya dipenuhi kegelapan, tiba-tiba amalan haji dan umrahnya datang lalu kedua-dua amalan itu mengeluarkannya daripada kegelapan tersebut, 6. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang malaikat maut sudah datang untuk mencabut nyawanya, namun amalan berbakti kepada ibu bapanya datang menolak malaikat maut tersebut, 7. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku cuba bercakap-cakap dengan orang beriman, namun mereka tidak bercakap dengannya, tiba-tiba amalan menyambung silaturahimnya datang dan berkata: Sikap ini memang sikap asalnya kerana sikap peramahnya. Lalu apabila dia berbicara dengan mereka, mereka kembali berbicara dengannya dan dia menjadi sebahagian daripada mereka. 8. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku datang menemui para anbia, dan mereka ada dalam kelompok-kelompok tertentu, setiap kali dia melalui satu kelompok, dia dihalau, tiba-tiba amalan mandi junubnya datang kepadanya dan membawanya duduk di sebelahku, 9. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang cuba mengelak daripada bahang api neraka terkena wajahnya dengan menggunakan kedua tangannya, tiba-tiba amalan sedekahnya datang dan menjadi payung menaungi kepalanya dan menjadi penghadang melindungi mukanya, 10. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku, dia didatangi malaikat azab Zabaniyah, tiba-tiba amalan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran datang menyelamatkannya, 11. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku terjatuh ke dalam neraka, tiba-tiba air matanya pernah mengalir kerana takutkan Allah datang dan mengeluarkannya daripada neraka, 12. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang catatan amalannya menuju ke tangan kirinya, tiba-tiba perasaan takutnya kepada Allah datang mengambil catatan amalannya itu lalu menjadikan ia di tangan kanannya, 13. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang timbangan amalan baik lebih ringan, tiba-tiba usaha-usahanya datang dan memberatkan timbangannya, 14. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang sudah berada di tebing Jahanam, tiba-tiba ketakutannya kepada Allah datang menyelamatkannya, 15. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku menggeletar umpama juntaian tamar, tiba-tiba sangka baiknya kepada Allah datang menenangkannya, 16. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang kadangkala merangkak, kadangkala terhenti ketakutan di atas titian sirat, tiba-tiba amalan selawatnya ke atasku datang dan memapahnya di atas titian sirat sehingga dia berjaya melepasinya, 17. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku yang sudah berdiri hadapan pintu-pintu syurga, namun ia semuanya ditutup untuknya, sehinggalah penyaksiannya bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah datang kepadanya, memimpinnya masuk ke dalam Syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Ahadith al-Tiwal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7129.].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman