Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني رأيتُ البارحةَ عجَبًا، رأيتُ رجلًا من أُمَّتي قد احتَوَشَتْه ملائكةُ العذابِ، فجاءه وُضوؤُه فاستنقَذه من ذلك، ورأيتُ رجلًا من أمتي قد بُسِطَ عليه عذابُ القبرِ، فجاءَته صلاتُه فاستنقَذَتْه من ذلك، ورأيتُ رجلًا من أمتي احتوَشَتْه الشياطينُ، فجاءه ذكرُ اللهِ فخلَّصَه منهم، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يلهثُ عطَشًا، فجاءه صيامُ رمضانَ فسقاه ، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي من بين يدَيه ظُلمَةٌ، ومن خلفه ظُلمَةٌ، وعن يمينه ظُلْمَةٌ، وعن شماله ظُلْمَةٌ، ومن فوقِه ظُلْمَةٌ، ومن تحته ظُلْمَةٌ، فجاءَته حَجَّتُه وعُمرتُه فاستخرجاه من الظُّلمةِ، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي جاءه ملَكُ الموتِ ليقبضَ رُوحَه، فجاءَه بِرُّه لوالدَيه فردَّه عنه، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يُكلِّمُ المؤمنين ولا يُكلِّمونه، فجاءَته صِلَةُ الرَّحِمِ، فقالت: إنَّ هذا كان واصلًا لرَحِمِه، فكلَّمهم وكلَّموه وصار معهم، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يأتي النَّبيِّين وهم حَلَقٌ حَلَقٌ كلما مرَّ على حلْقَةٍ طُرِدَ، فجاءَه اغتسالُه من الجنابةِ، فأخذ بيدِه فأجلَسه إلى جنبي، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يتَّقي وَهَجَ النَّارِ بيدَيه عن وجهِه ، فجاءَته صدَقَتُه، فصارت ظِلًّا على رأسِه وسِترًا عن وجهِه، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي، جاءَته زبانيةُ العذابِ، فجاءه أمرُه بالمعروفِ، ونهيُه عن المنكرِ، فاستنقذَه من ذلك، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي هوى في النَّارِ، فجاءَته دموعُه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشيةِ اللهِ فأخرجَتْه من النارِ، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي قد هوَتْ صحيفتُه إلى شمالِه فجاءَه خوفُه من اللهِ تعالى، فأخذ صحيفتَه فجعلها في يمينِه، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي قد خَفَّ ميزانُه، فجاءَه أفراطُه فثقَّلوا ميزانَه، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي على شفيرِ جهنَّمَ، فجاءَه وجلُه من اللهِ تعالى فاستنقذَه من ذلك، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يرعدُ كما تَرعدُ السَّعْفَةُ، فجاءَه حُسنُ ظنِّه باللهِ تعالى، فسكَّنَ رِعدَتَه، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي يزحفُ على الصراطِ مرَّةً، ويحبُو مرَّةً، فجاءَتْه صلاتُه عليَّ، فأخذتْ بيدِه فأقامتْه على الصراطِ حتى جازَ، ورأيتُ رجلًا من أُمَّتي انتهى إلى أبوابِ الجنَّةِ: فغُلِّقَتِ الأبوابُ دُونَه، فجاءَته شهادةُ أن لا إله إلا اللهُ، فأخذَتْ بيدِه، فأدخلَتْه الجنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya semalam aku melihat perkara yang mengagumkan: 1. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sedang diazab oleh malaikat, lalu datang wudhunya dan menyelamatkannya daripada azab tersebut. 2. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sedang dihamparkan padanya azab kubur, lalu datang solatnya dan menyelamatkannya daripada azab tersebut. 3. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatkan dikerumuni syaitan, lalu datang zikirnya pada Allah dan melepaskannya daripada mereka. 4. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, tercungap-cungap kehausan, lalu datang puasa Ramadhan dan memberinya minum. 5. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku berada di antara tangannya kezaliman, dari belakangya kezaliman, dari kanannya kezaliman, dari kirinya kezaliman, dari atasnya kezaliman, dan dari bawahnya kezaliman lalu datang hajinya dan umrahnya dan mengeluarkannya dari kezaliman. 6. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku apabila malaikat maut datang padanya untuk mencabut nyawanya, lalu datang kehormatannya terhadap orang tuanya dan ia menolak perkara itu daripadanya. 7. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku berkata-berkata dengan orang-orang yang beriman dan tidak diperkatakan kepadanya lalu datang silaturrahim dan ia berkata: Sesungguhnya inilah yang menghubungkan mereka. Lalu mereka saling berkata sesama sendiri. 8. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku datang kepadanya para Nabi dan mereka duduk dalam bulatan bulatan, lalu setiap kali dia melalui bulatan mereka, dia akan dihalau lalu datanglah mandian junubnya lalu mengambil tangannya dan mendudukkannya di sebelah. 9. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku melindungi mukanya daripada api neraka dengan tangannya lalu datang sedekahnya dan ia menjadi teduhan atas kepalanya dan melindung mukanya. 10. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, Zabaniyah datang kepadanya dengan azab lalu datang amalan menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran dan menyelematkannya daripada azab tersebut. 11. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku jatuh ke dalam neraka lalu datang air matanya yang dia tangisi di dunia kerana takut kepada Allah lalu mengeluarkannya daripada neraka. 12. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku di mana kitab amalannya datang kepadanya dari sebelah kiri, lalu datang ketakutannya kepada Allah SWT dan mengambil kitab amalannya dan menjadikannya di sebelah kanan. 13. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku ringan timbangan amalannya lalu datang afrat dan memberatkan timbangannya. 14. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku di ambang neraka lalu datanglah amalan yang mengagungkan Allah SWT dan menyelamatkannya daripada itu. 15. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku menggigil sebagaimana ulat menggigil lalu datang sangkaan baik terhadap Allah SWT dan menenangkan gigilannya itu. 16. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan daripada umatku merangkak di atas titian sirat sekali dan berjalan di atas perutnya dan dengan tangannya sekali, lalu datang selawatnya kepadaku lalu ia mengambil tangannya dan membangunkannya di atas titian sirat itu sehinggalah dia berjaya. 17. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sampai ke pintu syurga tetapi ditutup pintu tanpanya, lalu datang syahadahnya tiada Tuhan melainkan Allah dan mengambil tangannya dan memasukannya ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abd al-Rahman Bin Samrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1584, hadis no. 8009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن عبد الرحمن بن سمرة - رضي الله عنه - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إني رأيت البارحة عجباً:1 - رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك.2 - ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 - ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 - ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 - ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 - ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 - ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 - ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 - ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 - ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 - ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 - ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 - ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 - ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 - ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 - ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 - ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة.)) [الطبراني في ((الأحاديث الطوال))، ((الضعيفة)) (7129)].
(Sangat Munkar) Daripada Abd al-Rahman Bin Samrah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya semalam aku melihat perkara yang mengagumkan: 1. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sedang diazab oleh malaikat, lalu datang wuduknya dan ia menyelamatkannya daripada azab tersebut. 2. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sedang dipersembahkan kepadanya azab kubur, lalu datang solatnya dan ia menyelamatkannya daripada azab tersebut. 3. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku dikerumuni syaitan, lalu datang zikirnya kepada Allah dan ia melepaskannya daripada mereka. 4. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, tercungap-cungap kehausan, lalu datang puasa Ramadhan dan ia memberinya minum. 5. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku berada di dalam kegelapan, dari belakangya kegelapan, dari kanannya kegelapan, dari kirinya kegelapan, dari atasnya kegelapan, dan dari bawahnya kegelapan, lalu datang hajinya dan umrahnya dan mengeluarkannya dari kegelapan. 6. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, apabila malaikat maut datang kepadanya untuk mencabut nyawanya, lalu datang sikapnya yang memuliakan ibu bapanya dan ia menolak perkara itu daripadanya. 7. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku bercakap-cakap dengan orang-orang yang beriman namun mereka tidak bercakap-cakap dengannya, lalu datang silaturrahim dan ia berkata: Sesungguhnya dia ini dahulunya sering menyambung silaturrahim. Lalu orang-orang mukmin itu mula bercakap-cakap dengannya. 8. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku datang kepadanya para Nabi dan mereka duduk dalam bulatan bulatan, lalu setiap kali dia melalui bulatan mereka, dia akan dihalau, lalu datanglah mandi junubnya lalu ia mengambil tangannya dan mendudukkannya di sebelahku. 9. Aku melihat seorang lelaki daripada umatku melindungi mukanya daripada api neraka dengan tangannya lalu datang sedekahnya dan ia menjadi teduhan atas kepalanya dan melindungi mukanya. 10. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, Zabaniyah datang kepadanya dengan azab lalu datang amalannya yang suka menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran dan ia menyelamatkannya daripada azab tersebut. 11. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku jatuh ke dalam neraka lalu datang air matanya yang dia tangisi di dunia kerana takutkan Allah, lalu ia mengeluarkannya daripada neraka. 12. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku di mana kitab amalannya datang kepadanya dari sebelah kiri, lalu datang ketakutannya kepada Allah SWT dan ia mengambil kitab amalannya itu dan meletakkannya di sebelah kanan. 13. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku ringan timbangan amalannya lalu datang afrat (anaknya yang meninggal dunia ketika kecil yang mana kehilangannya itu memeritkan) dan ia (kesabarannya menghadapi ujian tersebut) memberatkan timbangannya. 14. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku di ambang neraka lalu datanglah sifat takutnya kepada Allah dan ia menyelamatkannya daripada itu. 15. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku menggigil sebagaimana dahan-dahan tamar bergoncang lalu datang sangkaan baiknya terhadap Allah SWT dan ia menenangkan gigilannya itu. 16. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku merangkak di atas titian sirat sekali dan berjalan di atas perutnya dan dengan tangannya sekali, lalu datang selawatnya kepadaku lalu ia mengambil tangannya dan membangunkannya di atas titian sirat itu sehinggalah dia berjaya melepasinya. 17. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sampai ke pintu syurga tetapi ditutup pintu untuknya, lalu datang penyaksiannya bahawa "tiada Tuhan melainkan Allah" dan ia mengambil tangannya dan memasukannya ke dalam syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Ahadith al-Tiwal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7129)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman