Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seluruh nabi berbangga denganku

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: إِن سَائِر الْأَنْبِيَاء يفتخرون بِي، وَأَنا أفتخر بِأبي حنيفَة، من أحبه فقد أَحبَّنِي، وَمن أبغضه فقد أبغضني.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya seluruh nabi berbangga denganku, dan aku berbangga dengan Abu Hanifah. Sesiapa yang mencintainya maka dia mencintaiku. Sesiapa yang membencinya maka dia membenciku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 54, hadis no. 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده ابن الجوزي في الموضوعات، وهو الظاهر، ولا عبرة بمن انتصر وصححه.

Ibn al-Jawzi memasukkannya dalam al-Maudhu’at. Itulah yang jelas. Tidak ada pertimbangan bagi orang yang mempertahankan dan menilainya sebagai sahih.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.