Sesungguhnya selepas kewafatanmu, aku pasti membangkitkan satu umat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم. فقال: يا رب! كيف يكون هذا لهم ولا حلم ولا علم؟! قال: أعطيهم من حلمي وعلمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Isa! Sesungguhnya selepas kewafatanmu aku pasti membangkitkan satu umat yang bila mereka mendapat sesuatu yang mereka sukai, mereka memuji Allah dan apabila mereka ditimpa perkara yang tidak meraka sukai, mereka bermuhasabah dan bersabar, bukan kerana kelembutan dan juga ilmu. Baginda bersabda: Wahai Tuhan! Bagaimana mereka boleh bersifat seperti ini sedangkan mereka tidak memiliki kelembutan dan ilmu. Allah berfirman: Aku berikan kepada mereka kelembutanKu dan ilmuKu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1277, hadis nombor 6543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: سمعت أبا القاسم صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم. فقال: يا رب! كيف يكون هذا لهم ولا حلم ولا علم؟! قال: أعطيهم من حلمي وعلمي.
[ك، حم، حل، هب، ابن أبي الدنيا في ((الصبر))، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4991)]

(Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA, katanya: Aku pernah mendengar Abu al-Qasim SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya selepas kewafatanmu, aku pasti membangkitkan satu umat yang bila mereka mendapat sesuatu yang mereka sukai, mereka memuji Allah dan apabila mereka ditimpa perkara yang tidak meraka sukai, mereka bermuhasabah dan bersabar, bukan kerana kelembutan dan juga ilmu. Baginda bersabda: Wahai Tuhan! Bagaimana mereka boleh bersifat seperti ini sedangkan mereka tidak memiliki kelembutan dan ilmu. Allah berfirman: Aku berikan kepada mereka kelembutanKu dan ilmuKu.
[Riwayat al-Hakim, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sabr, al-Kharaiti dalam Fadilah al-Shukr dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4991]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs