Sesungguhnya selama mana kamu berada dalam keadaan diam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنك ما كنت ساكتا؛ فأنت سالم، فإذا تكلمت؛ فلك أو عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya selama mana kamu berada dalam keadaan diam, nescaya kamu akan selamat. Apabila kamu mula berkata-kata, maka sama ada ia menjadi kebaikan buat kamu atau menjadi keburukan ke atas kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152 hadis nombor 766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن مكهول، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إنك ما كنت ساكتا؛ فأنت سالم، فإذا تكلمت؛ فلك أو عليك.
[الطيالسي، هب، ((الضعيفة)) (7125)]

(Lemah)
Daripada Makhul beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya selama mana kamu berada dalam keadaan diam, nescaya kamu akan selamat. Apabila kamu mula berkata-kata, maka sama ada ia menjadi kebaikan buat kamu atau menjadi keburukan ke atas kamu.
[Riwayat al-Tayalisi dan al- Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7125]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.