Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أنواعَ البِرِّ كُلِّها نِصفُ العِبادةِ، والنِّصفُ الآخَرِ الدُّعاءُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya segala jenis kebaikan ialah separuh ibadah, separuh lagi ialah doa.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis no. 7385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أنواع البر كلها نصف العبادة، والنصف الآخر الدعاء)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، أبو بكر النهرواني في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3166)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya segala jenis kebaikan ialah separuh ibadah, separuh lagi ialah doa. [Riwayat Abū Bakr al-Shāfi‘ī dalam al-Fawāid, Abū Bakr al-Nahrawānī dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3166]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman