Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sedekah yang paling laju naik ke langit itu adalah apabila seseorang itu menyiapkan makanan yang baik

Teks Bahasa Arab

إنَّ أسرعَ صدقةٍ تصعدُ إلى السماءِ: أن يصنعَ الرجلُ طعامًا طيبًا ثم يَدعو إليهِ ناسًا من إخوانِه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sedekah yang paling laju naik ke langit itu adalah apabila seseorang itu menyiapkan makanan yang baik kemudian dia menjemput beberapa orang saudara-maranya untuk hadir.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 434, hadis no. 2336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبان بن أبي جبلة، قال: قال ﷺ: «إن أسرع صدقة تصعد إلى السماء: أن يصنع الرجل طعاما طيبا ثم يدعو إليه ناسا من إخوانه». [ابن أبي الدنيا في «الإخوان»، «الضعيفة» (6672)].

(Lemah) Daripada Hibban bin Abu Jabalah, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya sedekah yang paling laju naik ke langit itu adalah apabila seseorang itu menyiapkan makanan yang baik kemudian dia menjemput beberapa orang saudara-maranya untuk hadir.” [Riwayat Ibn Abu al-Dunyā dalam al-Ikhwān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6672].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.