Sesungguhnya sedekah yang paling cepat naik ke langit ialah: Seseorang itu menyediakan makanan yang enak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أسرع صدقة تصعد إلى السماء: أن يصنع الرجل طعاماً طيباً ثم يدعو إليه ناسا من إخوانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah yang paling cepat naik ke langit ialah: Seseorang itu menyediakan makanan yang enak, kemudian dia memanggil orang ramai dari kalangan saudara-saudaranya (untuk makan bersama).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 146, hadis nombor 736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبان بن أبي جبلة، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن أسرع صدقة تصعد إلى السماء: أن يصنع الرجل طعاماً طيباً ثم يدعو إليه ناساً من إخوانه)). [ابن أبي الدنيا في ((الإخوان))، ((الضعيفة)) (6672)]

(Lemah)
Daripada Ḥibbān bin Abī Jabalah, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah yang paling cepat naik ke langit ialah: Seseorang itu menyediakan makanan yang enak, kemudian dia memanggil orang ramai dari kalangan saudara-saudaranya (untuk makan bersama).
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ikhwān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6672]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.