Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن صلة الرحم تزيد في العمر وتنفي الفقر. وأكثروا من قول "لا حول ولا قوة إلا بالله"؛ فإنها كنز من كنوز الجنة وإن فيها شفاء من تسعة وتسعين داء، أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan. Dan sesungguhnya berbuat kebaikan itu dapat mencegah jalan-jalan keburukan. Dan sesungguhnya menghubungkan ikatan kekeluargaan dapat menambahkan umur dan menolak kefakiran. Dan perbanyakkanlah ucapan "la hawla wala quwwata illa billah" (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah) kerana sesungguhnya ia merupakan satu khazanah dari khazanah-khazanah syurga padanya penawar bagi 99 penyakit, yang paling ringan (daripadanya) adalah perasaan gusar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis nombor 201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاوية بن حيدة – رضي الله عنه – عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن صلة الرحم تزيد في العمر وتنفي الفقر. وأكثروا من قول "لا حول ولا قوة إلا بالله"؛ فإنها كنز من كنوز الجنة وإن فيها شفاء من تسعة وتسعين داء، أدناها الهم)). [طس، ((الضعيفة)) (3262)].

(Munkar)
Daripada Mu‘āwiyah ibn Haidah RA, daripada Rasulullah SAW, baginda telah bersabda:
((Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan. Dan sesungguhnya berbuat kebaikan itu dapat mencegah jalan-jalan keburukan. Dan sesungguhnya menghubungkan ikatan kekeluargaan dapat menambahkan umur dan menolak kefakiran. Dan perbanyakkanlah ucapan "la hawla wala quwwata illa billah" (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah) kerana sesungguhnya ia merupakan satu khazanah dari khazanah-khazanah syurga padanya penawar bagi 99 penyakit, yang paling ringan (daripadanya) adalah perasaan gusar.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3262.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.