Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan

TEKS BAHASA ARAB

إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan. Dan sesungguhnya berbuat kebaikan itu dapat mencegah daripada serangan keburukan. Sesungguhnya silaturahim itu dapat menambahkan umur. Dan ucapan La ilaha illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dapat menghalang pembacanya daripada 99 pintu bala dan (bala) yang paling rendah ialah perasaan gusar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis nombor 200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم)).
[الرفاعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3261)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan. Dan sesungguhnya berbuat kebaikan itu dapat mencegah daripada serangan keburukan. Sesungguhnya silaturahim itu dapat menambahkan umur. Dan ucapan La ilaha illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dapat menghalang pembacanya daripada 99 pintu bala dan (bala) yang paling rendah ialah perasaan gusar.”
[Riwayat al-Rāfi‘ī, Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq, al-Ṭābarānī dalam Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3261]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs