Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن صدقةَ السِّرِّ تُطفِئُ غضبَ الرَّبِّ، وإن صلةَ الرحِمِ تَزيدُ في العُمُرِ، وإن صنائعَ المعروفِ تَقِي مَصارِعَ السُّوءِ، وأن قولَ (لا إله إلا اللهُ) تدفعُ عن قائلِها تِسعةً وتِسعينَ بابًا من البلاءِ أدناها الهَمُّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan. Dan sesungguhnya berbuat kebaikan itu dapat mencegah daripada serangan keburukan. Sesungguhnya silaturahim itu dapat menambahkan umur. Dan ucapan La ilaha illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dapat menghalang pembacanya daripada 99 pintu bala dan (bala) yang paling rendah ialah perasaan gusar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis no. 200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم)). [الرفاعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3261)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan. Dan sesungguhnya berbuat kebaikan itu dapat mencegah daripada serangan keburukan. Sesungguhnya silaturahim itu dapat menambahkan umur. Dan ucapan La ilaha illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dapat menghalang pembacanya daripada 99 pintu bala dan (bala) yang paling rendah ialah perasaan gusar.." [Riwayat al-Rāfi‘ī, Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq, al-Ṭābarānī dalam Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3261]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman