Sesungguhnya sedekah tidak akan menambahkan kepada harta sesuatu kecuali ia bahkan akan menggandakan ia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الصدقة لا تزيد المال إلا كثرة؛ فتصدقوا يرحمكم الله، وإن العفو لا يزيد العبد إلا عزا؛ فاعفوا يعزكم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah tidak akan menambahkan kepada harta sesuatu kecuali kegandaannya, maka bersedekahlah semoga kamu dirahmati Allah, sesungguhnya bermaafan tidak akan menambahkan seseorang kecuali kemuliaan! Maka maafkanlah nescaya kamu akan dimuliakan Allah.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis nombor 4490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الصدقة لا تزيد المال إلا كثرة؛ فتصدقوا يرحمكم الله، وإن العفو لا يزيد العبد إلا عزا؛ فاعفوا يعزكم الله)). [عد، ((الضعيفة)) (3020].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya sedekah tidak akan menambahkan kepada harta sesuatu kecuali kegandaannya, maka bersedekahlah semoga kamu dirahmati Allah, sesungguhnya bermaafan tidak akan menambahkan seseorang kecuali kemuliaan! Maka maafkanlah nescaya kamu akan dimuliakan Allah.”
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3020].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.