Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الصدقةَ لا تَزِيدُ المالَ إلا كَثْرَةً؛ فتَصَدَّقُوا يَرْحَمْكُمُ اللهُ، وإن العفوَ لا يَزِيدُ العبدَ إلا عِزًّا؛ فاعفوا يُعِزَّكُم اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sedekah tidak akan menambahkan kepada harta sesuatu kecuali kegandaannya, maka bersedekahlah semoga kamu dirahmati Allah, sesungguhnya bermaafan tidak akan menambahkan seseorang kecuali kemuliaan! Maka maafkanlah nescaya kamu akan dimuliakan Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis no. 4490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الصدقة لا تزيد المال إلا كثرة؛ فتصدقوا يرحمكم الله، وإن العفو لا يزيد العبد إلا عزا؛ فاعفوا يعزكم الله)). [عد، ((الضعيفة)) (3020].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya sedekah tidak akan menambahkan kepada harta sesuatu kecuali kegandaannya, maka bersedekahlah semoga kamu dirahmati Allah, sesungguhnya bermaafan tidak akan menambahkan seseorang kecuali kemuliaan! Maka maafkanlah nescaya kamu akan dimuliakan Allah.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3020].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman