TEKS BAHASA ARAB
إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya sedekah secara sembunyi itu boleh memadamkan kemurkaan Tuhan, silaturahim pula boleh menambahkan umur, perbuatan baik pula boleh memelihara daripada serangan (kematian) yang buruk, dan ucapan ‘Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah’ boleh mencegah orang yang mengucapkannya daripada 99 buah pintu bala, sekurang-kurangnya keresahan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis nombor 7387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم)). [الرافعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3261)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah secara sembunyi itu boleh memadamkan kemurkaan Tuhan, silaturahim pula boleh menambahkan umur, perbuatan baik pula boleh memelihara daripada serangan (kematian) yang buruk, dan ucapan ‘Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah’ boleh mencegah orang yang mengucapkannya daripada 99 buah pintu bala, sekurang-kurangnya keresahan.
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3261]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.