Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sedekah secara sembunyi itu boleh memadamkan kemurkaan Tuhan

Teks Bahasa Arab

إنَّ صدقةَ السِّرِّ تُطْفِيءُ غضبَ الربِّ، وإنَّ صِلَةَ الرَّحِمِ تَزِيدُ في العُمُرِ، وإنَّ صَنَائِعَ المعروفِ تَقِي مَصَارِعَ السُّوءِ، وإنَّ قولَ (لا إله إلا اللهُ) تَدْفَعُ عن قائِلِها تِسْعَةً وتِسْعِينَ بابًا من البلاءِ أَدْنَاها الهَمُّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sedekah secara sembunyi itu boleh memadamkan kemurkaan Tuhan, silaturahim pula boleh menambahkan umur, perbuatan baik pula boleh memelihara daripada serangan (kematian) yang buruk, dan ucapan 'Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah' boleh mencegah orang yang mengucapkannya daripada 99 buah pintu bala, sekurang-kurangnya keresahan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis no. 7387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم)). [الرافعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3261)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah secara sembunyi itu boleh memadamkan kemurkaan Tuhan, silaturahim pula boleh menambahkan umur, perbuatan baik pula boleh memelihara daripada serangan (kematian) yang buruk, dan ucapan 'Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah' boleh mencegah orang yang mengucapkannya daripada 99 buah pintu bala, sekurang-kurangnya keresahan. [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3261]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.