Sesungguhnya sedekah secara sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Tuhan

TEKS BAHASA ARAB

إن صدقة السر تطفئ غضب الرب، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن صلة الرحم تزيد في العمر وتنفي الفقر. وأكثروا من قول: لا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها كنز من كنوز الجنة، وإن فيها شفاء من تسعة وتسعين داء، أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah secara sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Tuhan, amalan-amalan kebaikan pula boleh mencegah serangan (kematian) dengan cara buruk, dan silaturahim boleh menambahkan umur serta menghilangkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebut ‘Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah’ kerana ia merupakan salah satu perbendaharaan syurga dan sesungguhnya padanya ada penawar bagi 99 penyakit, sekurang-kurangnya keresahan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1453, hadis nombor 7388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معاوية بن حيدة -رضي الله عنه-، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن صدقة السر تطفئ غضب الرب، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن صلة الرحم تزيد في العمر وتنفي الفقر. وأكثروا من قول ((لا حول ولا قوة إلا بالله))؛ فإنها كنز من كنوز الجنة، وإن فيها شفاء من تسعة وتسعين داء، أدناها الهم)). [طس، ((الضعيفة)) (3262)]

(Munkar)
Daripada Mu‘āwiyah bin Ḥaidah RA daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya sedekah secara sembunyi boleh memadamkan kemurkaan Tuhan, amalan-amalan kebaikan pula boleh mencegah serangan (kematian) dengan cara buruk, dan silaturahim boleh menambahkan umur serta menghilangkan kefakiran. Perbanyakkanlah menyebut ‘Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah’ kerana ia merupakan salah satu perbendaharaan syurga dan sesungguhnya padanya ada penawar bagi 99 penyakit, sekurang-kurangnya keresahan.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3262]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs