Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sedekah secara sembunyi akan memadamkan kemurkaan tuhan

Teks Bahasa Arab

إنَّ صدقةَ السِّرِّ تُطْفِيءُ غضبَ الربِّ، وإنَّ صِلَةَ الرَّحِمِ تَزِيدُ في العُمُرِ، وإنَّ صَنَائِعَ المعروفِ تَقِي مَصَارِعَ السُّوءِ وإنَّ قولَ لا إله إلا اللهُ تَدْفَعُ عن قائِلِها تِسْعَةً وتِسْعِينَ بابًا من البلاءِ، أَدْنَاها الهَمُّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sedekah secara sembunyi akan memadamkan kemurkaan tuhan, silaturrahim akan menambahkan umur, melakukan perkara kebaikan akan melindungi (seseorang) dari perkara yang buruk, dan perkataan Tiada Tuhan Selain Allah akan melindungi orang yang membacanya dari 99 pintu bala, yang paling rendah adalah kesedihan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis no. 4487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن صدقة السر تطفىء غضب الرب، وإن صلة الرحم تزيد في العمر، وإن صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وإن قول (لا إله إلا الله) تدفع عن قائلها تسعة وتسعين بابا من البلاء أدناها الهم)). [الرافعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3261)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah secara sembunyi akan memadamkan kemurkaan tuhan, silaturrahim akan menambahkan umur, melakukan perkara kebaikan akan melindungi (seseorang) dari perkara yang buruk, dan perkataan Tiada Tuhan Selain Allah akan melindungi orang yang membacanya dari 99 pintu bala, yang paling rendah adalah kesedihan." [Riwayat al-Rafi'e dalam Tarikh Qazwin dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3261].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.