Sesungguhnya sedekah itu tidak menambahkan harta melainkan ia menjadi semakin banyak

TEKS BAHASA ARAB

إن الصدقة لا تزيد المال إلا كثرة؛ فتصدقوا يرحمكم الله، وإن العفو لا يزيد العبد إلا عزاً؛ فاعفوا يعزكم الله>

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah itu tidak menambahkan harta melainkan ia menjadikannya (lebih) banyak. Maka bersedekahlah kamu nescaya Allah SWT akan merahmati kamu. Manakala sikap memaafkan itu tidak menambahkan bagi seorang hamba melainkan hanya kemuliaan. Maka berilah kemaafan, nescaya Allah SWT akan memuliakan kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis nombor 202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الصدقة لا تزيد المال إلا كثرة؛ فتصدقوا يرحمكم الله، وإن العفو لا يزيد العبد إلا عزاً؛ فاعفوا يعزكم الله)). [عد، ((الضعيفة)) (3020)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) :
((Sesungguhnya sedekah itu tidak menambahkan harta melainkan ia menjadikannya (lebih) banyak. Maka bersedekahlah kamu nescaya Allah SWT akan merahmati kamu. Manakala sikap memaafkan itu tidak menambahkan bagi seorang hamba melainkan hanya kemuliaan. Maka berilah kemaafan, nescaya Allah SWT akan memuliakan kamu.))
[Riwayat Ibn ‘Adī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3020.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.