Sesungguhnya sedekah itu adalah alat basuhan dosa untuk manusia

TEKS BAHASA ARAB

اذكرا للنبي صلى الله عليه وسلم أن يأمر لكما من الصدقات وإني سأحضر لكما. فذكر ذلك الفضل لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: اصبروا على أنفسكم يا بني هاشم فإنما الصدقات غسالات الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ingatlah bahawa Nabi SAW memerintahkan kamu berdua untuk bersedekah dan saya akan mengingatkan perintah tersebut kepada kamu berdua. Kemudian Al-Fadhl Bin ‘Abbas menceritakan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Bersabarlah wahai Bani Hasyim terhadap apa yang menimpa kalian. Sesungguhnya sedekah itu adalah alat basuhan dosa untuk manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis nombor 4618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس أن عمر بن الخطاب قال للعباس وللفضل بن عباس: اذكرا للنبي صلى الله عليه وسلم أن يأمر لكما من الصدقات وإني سأحضر لكما. فذكر ذلك الفضل لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: اصبروا على أنفسكم يا بني هاشم فإنما الصدقات غسالات الناس. [طب, الضعيفة (7016)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata bahawa ‘Umar bin Al-Khattab berkata kepada ‘Abbas dan Al-Fadhl Bin ‘Abbas: Ingatlah bahawa Nabi SAW memerintahkan kamu berdua untuk bersedekah dan saya akan mengingatkan perintah tersebut kepada kamu berdua. Kemudian Al-Fadhl Bin ‘Abbas menceritakan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Bersabarlah wahai Bani Hasyim terhadap apa yang menimpa kalian. Sesungguhnya sedekah itu adalah alat basuhan dosa untuk manusia.(Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 7016].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs