Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اذكرا للنبي صلى الله عليه وسلم أن يأمر لكما من الصدقات، وإني سأحضر لكما. فذكر ذلك الفضل لرسول الله صلى الله عليه وسلم؛ فقال: اصبِروا علَى أنفسِكُم يا بَني هاشمٍ ، فإنَّما الصَّدَقاتُ غُسالاتُ النَّاسِ
Teks Bahasa Melayu
Ingatlah bahawa Nabi SAW memerintahkan kamu berdua untuk bersedekah dan saya akan mengingatkan perintah tersebut kepada kamu berdua. Kemudian Al-Fadhl Bin 'Abbas menceritakan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Bersabarlah wahai Bani Hasyim terhadap apa yang menimpa kalian. Sesungguhnya sedekah itu adalah alat basuhan dosa untuk manusia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis no. 4618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس أن عمر بن الخطاب قال للعباس وللفضل بن عباس: اذكرا للنبي صلى الله عليه وسلم أن يأمر لكما من الصدقات وإني سأحضر لكما. فذكر ذلك الفضل لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: اصبروا على أنفسكم يا بني هاشم فإنما الصدقات غسالات الناس. [طب, الضعيفة (7016)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau berkata bahawa 'Umar bin Al-Khattab berkata kepada 'Abbas dan Al-Fadhl Bin 'Abbas: Ingatlah bahawa Nabi SAW memerintahkan kamu berdua untuk bersedekah dan saya akan mengingatkan perintah tersebut kepada kamu berdua. Kemudian Al-Fadhl Bin 'Abbas menceritakan kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Bersabarlah wahai Bani Hasyim terhadap apa yang menimpa kalian. Sesungguhnya sedekah itu adalah alat basuhan dosa untuk manusia.(Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 7016].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman