Sesungguhnya sedekah dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن الصدقة يبتغى بها وجه الله، وإن الهدية يبتغى بها وجه الرسول، وقضاء الحاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sedekah dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah, sesungguhnya hadiah diberikan kerana Nabi SAW, dan (begitu juga dengan) menunaikan hajat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876 – 877, hadis nombor 4491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن علقمة مرفوعا: ((إن الصدقة يبتغى بها وجه الله، وإن الهدية يبتغى بها وجه الرسول، وقضاء الحاجة)). [ن، عق، ((الضعيفة)) (3022)].

(Lemah)
Daripada Abd al-Rahman bin Alqamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya sedekah dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah, sesungguhnya hadiah diberikan kerana Nabi SAW, dan (begitu juga dengan) menunaikan hajat.”
[Riwayat al-Nasa'i dalam Sunan dan al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3022].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs