Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الصدقةَ يُبْتَغَى بها وجهُ اللهِ، وإن الهَدِيَّةَ يُبْتَغَى بها وجهُ الرسولِ، وقضاءُ الحاجةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sedekah dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah, sesungguhnya hadiah diberikan kerana Nabi SAW, dan (begitu juga dengan) menunaikan hajat.
Sahabat Perawi
- Abd al-Rahman bin Alqamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876 - 877, hadis no. 4491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن علقمة مرفوعا: ((إن الصدقة يبتغى بها وجه الله، وإن الهدية يبتغى بها وجه الرسول، وقضاء الحاجة)). [ن، عق، ((الضعيفة)) (3022)].
(Lemah) Daripada Abd al-Rahman bin Alqamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya sedekah dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah, sesungguhnya hadiah diberikan kerana Nabi SAW, dan (begitu juga dengan) menunaikan hajat.” [Riwayat al-Nasa'i dalam Sunan dan al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3022].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman